Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Mengapa 1MDB relevan pada bajet lalu, bukan sekarang?'
Diterbitkan:  Oct 29, 2016 10:29 AM
Dikemaskini: 3:03 AM

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani diminta menjelaskan mengapa Putrajaya hari ini menjarakkan diri daripada 1MDB dalam belanjawan kerajaan sedangkan ini tidak berlaku pada masa lalu.

Ahli Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyebut 1MDB dalam ucapan bajet dahulu dan di dalam data yang dikumpulkan untuk perbadanan awam bukan kewangan.

Pada ucapan Bajet 2011, Najib menyebut 1MDB sebanyak empat kali.

Antara lain, Najib berkata 1MDB dengan kerjasama Mubadala Development Company akan membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD).

1MDB juga sepatutnya menyediakan vitamin untuk pelajar sekolah rendah, menyediakan RM20 juta kepada Dana Belia 1Malaysia dan melaksanakan skim Klinik Bergerak 1Malaysia.

"Jika (1MDB) adalah relevan ketika itu, mengapa tiba-tiba ia tidak relevan hari ini?" soal Pua dalam satu kenyataan media.

Pua merujuk kepada kenyataan Johari bahawa bajet kerajaan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan 1MDB, yang diuruskan oleh lembaga pengarahnya.

Johari berhujah bahawa pelan rasionalisasi pengurusan hutang 1MDB melibatkan pelupusan sebahagian aset dan bukannya dana awam yang akan dibelanjakan melalui bajet kerajaan.

Bagaimanapun, Pua berhujah bahawa bajet Putrajaya mempunyai segala-galanya dikaitkan dengan 1MDB kerana kerajaan secara tidak langsung atau secara langsung menjamin pinjaman MDB yang dianggarkan bernilai RM32 bilion.

"Jika 1MDB gagal membayar balik pinjaman dan tanggungjawabnya, maka Kementerian Kewangan perlu membayarnya. RM32 bilion akan meningkatkan defisit yang disasarkan pada 3 peratus daripada KDNK menjadi 5.4 peratus!

"Mana-mana menteri kewangan yang bertanggungjawab akan mempunyai kewajipan untuk menjelaskan kepada pembayar cukai Malaysia tentang bagaimana skandal kewangan akan diselesaikan, terutama sejak plan rasionalisasi yang digembar-gemburkan sepatutnya siap pada Jun tahun ini telah gagal," kata Pua.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS