Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syarikat China mungkin dapat AS$400j dari penyenaraian Edra
Diterbitkan:  Oct 31, 2016 10:25 PM
Dikemaskini: 2:49 PM

China General Nuclear Power Corp (CGN), yang membeli aset tenaga 1MDB Edra Global Energy Bhd dengan harga US$2.3 bilion (RM9.83 bilion), akan disenaraikan di bursa saham pada tahun depan.

CGN dijangka meraih AS$400 juta susulan langkah itu, kata pihak yang mengetahui perkara itu kepada Bloomberg.

Bagaimanapun, menurut laporan itu lagi, ia rancangan “awal” dan masih boleh berubah.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sendiri kesahihan laporan Bloomberg ini.

Edra Global yang berpangkalan di Kuala Lumpur adalah pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta mempunyai projek di Mesir, Bangladesh, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh.

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy sebelum ini berkata kegagalan Edra Global memulakan tawaran awam (IPO) menjadi penyebab kepada masalah syarikat itu.

1MDB membayar RM1.3 bilion dan RM4.35 bilion lagi kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), yang bertindak sebagai penjamin bersama kepada bon yang diperoleh, untuk membeli Edra Global.

Arul berkata apabila IPO tidak berlaku, 1MDB tidak dapat membuat pembayaran balik mengikut jadual.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS