Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib mahu bekas kuasa penjajah hentikan syarahan
Diterbitkan:  Nov 2, 2016 3:18 PM
Dikemaskini: 7:22 AM

Dalam apa yang dilihat sebagai amaran kepada negara-negara Barat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan bekas negara penjajah supaya tidak cuba campur tangan dalam hal ehwal dalaman bekas jajahan mereka.

Beliau berkata demikian dalam ulasannya dalam akhbar di China - China Daily yang bertajuk "Fruits harvested from seeds of trust" atau "Buah dituai dari benih yang dipercayai".

Artikel dalam bahasa Cina itu disiarkan ketika Najib dalam lawatan rasmi ke Beijing.

"Secara umum, kami percaya adalah tanggungjawab negara besar melayan yang kecil dengan adil. Dan ini termasuk bekas kuasa negara penjajah.

“Bukan untuk mereka memberi syarahan keapada negara-negara yang pernah mereka eksploitasi tentang bagaimana untuk menguruskan hal sendiri pada hari ini," tulis Najib.

Kenyataannya itu dibuat susulan tindakan Amerika Syarikat dan negara Barat melahirkan kebimbangan mengenai rekod pencabulan hak asasi manusia yang semakin ketara dan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar yang semakin terhakis di Malaysia.

Najib kemudian mendakwa beliau telah mendapat jaminan daripada China untuk melindungi dan mempertahankan kedaulatan negara masing-masing. Ini sebagai suatu amaran terhadap mereka yang berusaha untuk mengancam dengan isyarat ke arah perjanjian pertahanan bersama.

"Malaysia dan China bersatu dalam pendirian mengenai keperluan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan dengan kepercayaan bahawa sejarah individu, nilai serta sistem tadbir urus negara yang berbeza perlu dihormati," katanya.

Malaysia baru-baru ini memeterai perjanjian untuk membeli kapal peronda dari China dan Najib berkata beliau akan menandatangani perjanjian pertahanan yang lebih penting dan lebih besar dengan kuasa Asia yang semakin meningkat itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS