Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib berdepan bidasan lepas meterai perjanjian dengan China

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan bidasan yang kononnya beliau "menjual" negara ini selepas pulang dari China dengan perjanjian bernilai kira-kira AS$34 bilion, yang boleh meningkatkan ekonomi menjelang pilihan raya umum.

Kebimbangan muncul akibat kesangsian mendalam terhadap masyarakat Cina di kalangan majoriti penduduk Melayu-Islam yang membentuk asas sokongan kepada parti pemerintah, Umno.

Bagaimanapun Najib cepat menangkis kebimbangan itu selepas menamatkan lawatan enam hari ke China.

"Ada yang menyebarkan khabar angin bahawa Malaysia sedang dijual.

“Ini tidak masuk akal dan adalah palsu," kata Najib dalam satu kenyataan Jumaat lalu sambil menegaskan projek berkenaan akan dimiliki dan dikendalikan oleh rakyat Malaysia.

Perjanjian itu termasuk termasuk perjanjian pertama di Malaysia dalam bidang pertahanan dengan China bagi membeli empat kapal pesisir tentera laut China.

Lawatan Najib selepas Presiden Filipina Rodrigo Duterte, mengumumkan "pemisahan" negaranya dari Amerika Syarikat dan menandatangani beberapa perjanjian dan pinjaman bernilai kira-kira AS$24 bilion dengan Beijing.

Pemimpin Umno menjangkakan Najib akan memberi taklimat kepada mereka tidak lama lagi supaya parti boleh mula menangkis sebarang kebimbangan mengenai pengaruh China yang semakin ketara di Malaysia, kata Datuk Seri Shahidan Kassim, seorang anggota kanan Majlis Tertinggi parti dan menteri persekutuan.

"Semua ini mempunyai pro dan kontra, tetapi dalam Umno kita mesti mempunyai pernyataan dasar mengenai perkara ini," katanya kepada Reuters.

Etnik dan agama adalah isu-isu sensitif di Malaysia, di mana orang Melayu yang beragama Islam membentuk lebih 50 peratus daripada jumalah 31 juta penduduk. Etnik Cina membentuk kira-kira 25 peratus dan kaum India pula kira-kira tujuh peratus.

Etnik Cina di Malaysia telah sekian lama menjadi kambing hitam bagi masyarakat Melayu, dengan pemimpin Umno mengunakan isu penguasaan ekonomi etnik Cina untuk menyatukan orang Melayu dan mengukuhkan cengkaman mereka pada kuasa politik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS