Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lagi 'drama' pertemuan Zuraida, Jamal di balai polis

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin dan ketua kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini bertembung sekali lagi. Kali ini di Ibu Pejabat Daerah Ampang.

Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan masuk dan menyaksikan pertemuan itu.

Jamal yang keluar kira-kira 20 minit kemudian berkata kedatangannya kerana dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian yang berlaku Ahad lalu.

Kebetulan saya dipanggil saya sekali lagi dipanggil oleh pegawai penyiasat untuk lengkapkan siasatan mereka, dan saya datang kebetulan berjumpa dengan wakil rakyat di Ampang.

“(Zuraida) wakil rakyat saya yang tidak bertanggungjawab, yang selalu membawa onar di Ampang hanya datang membuat demo dan buat kempen bersih. Dan akhirnya bersih yang dibuatnya terserlah lah kekotoran,” kata Jamal kepada pemberita.

Katanya, Zuraida enggan bersalam dengannya mungkin kerana bukan muhrin.

"Saya nak salam tadi pun dia tak nak, ya lah mungkin bukan muhrim,” katanya yang menambah terasa mahu ‘menyekeh’ kepala Zuraida.

Zuraida hari ini hadir bersama Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly bagi membuat laporan polis terhadap ketua Umno Sungai Besar itu berhubung insiden yang berlaku di Ampang Point Ahad lalu.

Malaysiakini melaporkan Jamal berdarah pada hidung selepas dia mendakwa diserang dan ditumbuk di sebuah pusat membeli-belah di Ampang.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Zuraida yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di Ampang Point.

Sementara itu, Jamal sebelum meninggalkan IPD Ampang sempat sekali membuat satu lagi drama.

Beliau secara sinis cuba menghulurkan duit sebanyak RM100 kepada penyokong Zuraida.

Tindakan Jamal itu mengundang rasa tidak puas hati penyokong Zuraida yang hadir di Balai Polis berkenaan.

Penyokong Zuraida yang berang dengan tindakan Jamal itu bagaimanapun menolak duit yang dihulurkan kepada mereka.

"SubhanaAllah, duit haram, Ingat Allah. Hidup tak selamanya di dunia," kata sebahagian penyokong Zuraida.

Jamal bertindak sedemikian berikutan sebelum ini mempersoalkan kekayaan yang dimiliki oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Adam Rosly.

"Dah dapat duit ke belum. Kalau belum saya bagi. Kesian jemur panas ini. Beritahu Adam itu buat kenduri di rumah," kata Jamal kepada penyokong Zuraida.

Lihat Komen
ADS