Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Pengawai bank S'pura bermalam di apartmen Jho Low’
Diterbitkan:  Nov 17, 2016 12:03 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Mahkamah Singapura diberitahu bekas pegawai bank BSI Switzeland, Yeo Jiawei bukan semata-mata seorang pekerja bawahan bank itu, tetapi pernah bermalam di rumah jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low dan memakai pakaiannya, lapor The Edge Daily.

Ini adalah menurut Timbalan Pendakwa Raya Tan Kiat Pheng, yang menyoal balas Yeo di mahkamah semalam dalam kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Tan menuduh bekas pegawai itu cuba meremehkan hubungannya dengan Jho Low, yang didakwa terbabit dalam skandal 1MDB.

Sebelum itu, Yeo mendakwa beliau hanya seorang pegawai bawahan bank itu yang hanya mengambil arahan daripada Low melalui pesanan yang disampaikan kepadanya daripada pegawai kanan, termasuk bekas bosnya Kevin Swampillai dan pegawai peribadi bank Low, Yak Yew Chee.

Yak dihukum penjara selama 18 minggu dan dikenakan denda sebanyak S$24,000 (kira-kira RM75,000) selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah di mahkamah Singapura.

Yeo pula berdepan dengan empat pertuduhan menyalahgunakan proses keadilan dengan menggesa saksi berbohong kepada polis ketika beliau dibebaskan atas jaminan, selepas ditahan u pada 17 Mac.

Ini adalah berkaitan dengan siasatan pengubahan wang haram terbesar di Singapura.

Beliau juga berdepan dengan beberapa pertuduhan pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan dalam perbicaraan yang berasingan dijadual didengar pada tahun depan.

Yeo berkata beliau paling banyak menemui Low secara peribadi 10 kali, dan dibawa menaiki jet peribadi Low tidak lebih tiga kali.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS