Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jamal ditahan reman empat hari
Diterbitkan:  Nov 19, 2016 2:53 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Di Mahkamah Majistret Ampang, pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah dikenahkan perintah tahanan reman selama empat hari.

Dia kini direman bersama-sama dengan dua orang lain yang juga ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden di Ampang Point.

Menurut penasihat undang-undang Mohd Imran Tamrin mereka dibawa ke pusat tahanan Shah Alam.

Mereka disiasat di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, seksyen 186 kerana menghalang seorang pegawai awam dan di bawah Seksyen 353.

Ketiga-tiga diwakili oleh Mohd Nasir Yusof dan Khairul Anuar Kashim.

Lihat Komen
ADS