Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH minta peniaga tuntut kerugian dari DBKL
Diterbitkan:  Nov 20, 2016 3:43 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Peniaga di sekitar pusat bandar yang didakwa mengalami kerugian akibat perhimpunan BERSIH5 semalam perlu memfailkan tuntutan mereka terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bendahari BERSIH, Thomas Fann berkata ini kerana peniaga diarah oleh DBKL menutup kedai semasa perhimpunan tersebut, maka pihak berkuasa itu harus disalahkan kerana kerugian berkenaan berbanding peserta BERSIH.

"Mereka diarahkan untuk tutup (kedai) oleh Dewan Bandaraya, jadi DBKL bertanggungjawab untuk kerugian itu.

"Kami menasihatkan peniaga-peniaga untuk membuat tuntutan mereka terhadap DBKL dengan segera," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Fann berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Berita Harian bahawa Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman mendakwa kerugian hampir RM500,000 kerana terpaksa menghentikan operasi mereka semalam.

Arahan DBKL itu dilapor dikeluarkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini semasa perhimpunan yang menyaksikan kira-kira 40,000 penyokong BERSIH dan 4000 Baju Merah membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur dari Bangsar ke KLCC.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS