Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Viral: Dukung bayi tak dapat tempat duduk dalam LRT
Diterbitkan:  Nov 21, 2016 1:32 PM
Dikemaskini: 6:20 AM

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila dirinya tidak diberi tempat duduk sewaktu menaiki tren LRT, walaupun ketika itu sedang berdiri sambil mendukung bayinya.

Video berkenaan, yang dirakam sendiri wanita itu menjadi viral di laman sosial dan dikongsi hampir 5,000 pengguna Facebook.

Melalui status dan video yang dimuatnaik di Facebook, Nuraliza Ramli meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dipedulikan penumpang yang duduk dalam tren berkenaan.

"U know what..tangan terketar-ketar nak ambil video. Diaorang tak ada perasaan, i dukung baby (bayi) kot..dari Wangsa Maju sampai Ampang Park tak ada seorang ada perasaan," tulisnya di Facebook.

Video 25 saat itu menunjukkan beberapa wanita dan seorang lelaki leka membelek telefon pintar masing-masing, tanpa mempedulikan kehadirannya dalam tren berkenaan.

Tindakan Nuraliza menyebarkan rakaman video itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Sebahagian mereka mengecam perbuatan penumpang terbabit kerana tidak memberikan tempat duduk kepadanya akibat kurangnya kesedaran sivik.

Ada juga berpendapat ia realiti yang berlaku pada masa kini apabila nilai-nilai murni sudah semakin terhakis dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun tidak kurang juga netizen yang mempertikaikan tindakan Nuraliza merakam video itu dan menjadikannya viral di internet.

Nitizen berkenaan berpendapat Nurazlina tidak perlu mengaibkan penumpang terbabit kerana mereka mungkin tidak menyedari kehadirannya akibat leka dengan urusan sendiri. 

Sebaliknya mereka berpendapat Nuraliza sepatutnya mempertahankan haknya dengan meminta terlebih dahulu tempat duduk berkenaan, berbanding menyebarkan rakaman itu ke media sosial.

Lihat Komen
ADS