Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan Audit: Felda telah bertindak sewajarnya
Diterbitkan:  Nov 22, 2016 9:04 PM
Dikemaskini: 1:06 PM

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkata agensi itu menyedari isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit berkenaan kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan
pelaksanaan dan tindakan telah pun diambil.

"Ada di antara perkara yang dibangkitkan itu kini telah diambil tindakan, ada yang telahpun dihentikan operasinya dan ada juga di antara individu yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib," kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh FELDA dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Projek tersebut adalah projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar,projek ternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen.

"Saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa FELDA telah meluluskan pelantikan firma guaman bagi mengenal pasti sekiranya terdapat salah laku oleh pihak-pihak yang terlibat semasa pelaksanaan projek tersebut bagi menzahirkan komitmen berterusan di dalam memelihara integriti FELDA," kata Mohd Isa.

FELDA juga komited untuk mematuhi tatacara perolehan dan prosedur pembayaran bagi memastikan keberkesanan kawalan dalam dan tadbir urus yang baik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS