Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Jamal: Anak saya kata ini harta bapa, saya kata ‘ya’

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos beranggapan tidak salah bagi anak remajanya memaparkan hartanya di media sosial.

Anaknya, kata Jamal, tidak mempunyai sebarang harta atau kereta di bawah namanya dan hanya menggunakan harta atau barang kepunyaan beliau.

“Saya sudah 28 tahun berniaga, tetapi kita mempersoalkan (Adam) berusia 28 tahun ini.

“Kalau benar dia kata apa yang dimiliki oleh beliau harta bapa beliau, maklumkanlah,” kata Jamal yang merujuk kepada ketua pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah.

Adam kini berdepan dengan tuduhan kronisme dan rasuah meskipun belum ada sebarang dakwaan dikenakan ke atasnya setakat ini.

Beliau menjadi tumpuan akhbar selepas Jamal beberapa minggu lalu menimbulkan persoalan tentang kekayaannya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau akan menasihati anaknya supaya tidak terlalu menonjolkan diri, Jamal berkata anaknya itu bebas untuk menggunakan media sosial dan untuk menggunakan barangan yang dimilikinya.

Bagaimanapun, katanya, Adam pula lain kerana segala rumah dan kereta di bawah nama pemimpin PKR itu.

“Kita mempersoalkan bagaimana dia boleh memperolehi kekayaan tersebut. Saya tidak menuduh beliau.

“Kita sudah membuat laporan SPRM dan sebagainya. Ini terpulang kepada Lembaga Hasil, kalau Adam ni mempunyai kemampuan sebegitu, apa kesalahannya?

“Macam anak saya, dia kata harta ini bapa punya, dan saya istiharkan kata ya, ini saya punya. Jadi tak ada masalah. Ini bezanya,” kata Jamal kepada pemberita di luar bangunan Setiausaha Selangor di Shah Alam hari ini.

Menurutnya, beliau bimbang sekiranya Adam mendapat projek dan kontrak secara tidak sah tetapi melalui hubungannya dengan pemimpin PKR dan juga pejabat Menteri Besar Selangor.

“Kita bimbang, dengan hubungan baik beliau sebagai AMK dan (dengan Datuk Seri) Azmin Ali sebagai proksi, melalui projek-projek haram, projek-projek yang tidak sepatutnya, melibatkan wang rakyat Selangor, untuk kepentingan beliau.

“Ini yang kita cuba mempersoalkan. Ini yang rakyat perlu tahu. Ini yang luar biasa,” katanya,

Jamal sebelum ini melancarkan kempen "BERSIH 7" untuk "menyelamatkan Selangor". Kempen itu membabitkan siri jelajah ke 700 lokasi di Selangor dan akan bermula di Sekinchan, Sabtu ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS