Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Hipster dan masalah lain Umno menurut Zahid
Diterbitkan:  Nov 29, 2016 3:15 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Dalam bukunya yang baru dilancarkan, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membincangkan 10 isu yang perlu ditangani oleh Umno dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Realitinya adalah bahawa masalah rusuhan dalam parti itu hanyalah sebahagian daripada kitaran biasa dan tidak boleh dinafikan.

"Apa yang penting adalah bagaimana kita berurusan dengan mereka (masalah)," katanya dalam kata pengantar buku yang bertajuk 'Gendang Perang Pilihan Raya Umum (PRU): Strategi Kukuhkan Parti.’

Buku kira-kira 100 muka surat dan yang memamaparkan karikatur berwarna penuh dilancarkan hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Isu yang disenaraikan dalam buku itu termasuk seperti hipster, politik sate dan kuasa rakyat.

Berikut adalah sepuluh isu, kerana yang dikemukakan oleh Ahmad Zahid.

1. Kuasa rakyat

Kegagalan Umno untuk menang di beberapa kawasan pada pilihan raya lalu adalah kerana kuasa rakyat, kata Zahid dalam buku itu.

"Ini berlaku kerana nilai-nilai telah berubah dan oleh itu, kita juga perlu mengubah kaedah dan cara kita.

"Dan henti menyalahkan orang lain," katanya.

2. Satu irama, satu rentak

Terdapat masalah yang tidak konsisten dalam tindakan Umno dan parti-parti komponen BN, tulisnya.

"Demi parti, semua ahli dan pemimpin perlu bersatu dan mengetepikan perbezaan mereka," katanya.

Terdapat juga isu "orang dalam", katanya yang membantu pembangkang dengan membekalkan maklumat kepada mereka.

3. Perpaduan dan kerja berpasukan

Ada pemimpin angkuh dan bongkak yang tidak mengambil berat tentang akar umbi mereka dan mengutamakan diri sendiri daripada perjuangan parti, keritiknya.

Menggunakan kelip-kelip sebagai analogi, Zahid berkata apabila serangga berkenaan berkumpul, cahaya mereka lebih terang daripada apabila mereka bersendirian.

4. Politik Sate

Seperti membakar sate, ada ahli parti yang "menyemarakkan api" dan menimbulkan lebih banyak masalah kepada parti, katanya.

5. Berkongsi tanggungjawab

Satu lagi masalah ialahkekurangan setia kawan di kalangan ahli parti dan parti-parti komponen yang menghalang keupayaan untuk menyelesaikan masalah rakyat, kata Zahid.

"Jika kita mahu menjadi kuat dan kukuh, akar umbi perlu setia dan ikut arahan daripada pemimpin.”

6. Akar umbi

Pemimpin tempatan, keluhnya, hanya cenderung untuk berjumpa rakyat dan akar umbi pada majlis-majlis khas seperti semasa pilihan raya atau lawatan dari seorang pemimpin tertinggi, jadi penduduk tempatan tidak mempercayai mereka.

Mereka perlu berupaya memenangi hati dan minda rakyat.

7. Cah keting

Orang ramai tidak membenci Umno, katanya, tetapi hanya tingkah laku negatif sekumpulan kecil ahli-ahli parti.

8. Hipster

Golongan muda di bandar tidak berpuas hati tentang banyak isu-isu kompleks yang berbeza daripada isu yang dihadapi oleh mereka di luar bandar, katanya.

"Budaya hipster adalah trend yang sedang menjadi kegilaan generasi muda kelas pertengahan dan remaja di bandar.

"Bagaimanapun ia kurang dilayan dan diberi perhatian pemimpin di sesetengah kawasan, sedangkan mereka hakikatnya kumpulan penting membabitkan pengundi kawasan bandar," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS