Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Suspek tembak Datuk pernah jadi Askar Wataniah
Diterbitkan:  Dec 2, 2016 12:04 PM
Dikemaskini: 4:12 AM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang ditahan kerana mengamuk dan menembak majikannya di Lebuhraya Tun Lim Choong Eu malam semalam pernah berkhidmat dengan Askar Wataniah sebelum ini dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Khalid berkata, pengawal berusia 35 tahun itu yang ditahan bersama seorang lagi suspek disyaki menghidap penyakit mental.

"Lelaki berumur 35 tahun itu adalah seorang bekas anggota askar wataniah, sebelum berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah mental tetapi tidak mempunyai rekod jenayah lampau," kata Khalid pada sidang media di Universiti Sains Malaysia selepas menghadir Majlis Menandatangani dan Pertukaran Memorandum Perjanjian di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pulau Pinang, hari ini.

Kedua-dua suspek, katanya akan ditahan reman selama tujuh hari.

Menurut Khalid, polis juga merampas senjata dari tempat kejadian yang dipercayai dimiliki oleh sebuah firma keselamatan.

Katanya, suspek memiliki lesen untuk mengendalikan senjata api dan polis turut menyiasat sekiranya kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan kongsi gelap.

Pada kejadian jam 7.30 malam semalam, seorang pengusaha sebuah pusat hiburan bergelar Datuk dan dua orang awam mati ditembak.

Turut cedera empat orang awam, termasuk seorang jurukamera sambilan RTM, dan semua mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS