Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan kerajaan Pulau Pinang memansuhkan Badan Pasukan Sukarela (BPS) sebelum polis bertindak terhadap pasukan seragam itu.

Ketua polis negara berkata tiada guna membentuk sesebuah pasukan jika hanya untuk diisytiharkan haram kemudiannya.

“Saya jamin pihak polis masih boleh jaga keselamatan negeri dan negara ini,” katanya.

Khalid juga berkata pasukan keselamatan akan memastikan Pulau Pinang tidak akan huru-hara.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan tarikh akhir berbuat demikian.

Khalid berada di Pulau Pinang untuk menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Sains Malaysia berkaitan program latihan bersama.

Khalid juga mengajak anggota BPS supaya berdaftar sebagai sukarelawan polis.

BPS sepatutnya menggantikan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang dibubarkan Disember tahun lepas selepas Kementerian Dalam Negeri mendakwa ia terlibat dalam “kegiatan haram”.

BPS dirancang diletakkan bawah Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK).

Timbalan Ketua Menteri 1 Rashid Hasnon sebelum ini berkata BPS tertakluk bawah bidang kuasa Pejabat Daerah kerana JKKK turut melaporkan tugas pada pegawai daerah.

Bulan lalu, PPS gagal mendapat semakan kehakiman untuk mencabar pengisytiharan bahawa unit itu tidak sah di sisi undang-undang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS