Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa dana kerajaan yang diperuntukkan program - PERMATA Negara, cetusan ideanya - disalahgunakan.

"Saya ingin tegaskan bahawa apa sahaja bajet yang kami terima daripada kerajaan tidak masuk dalam beg tangan saya," katanya, sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata demikian dalam ucapan penerimaannya untuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk Kepimpinan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Rosmah, ketika berkongsi pandangan beliau mengenai PERMATA, menyifatkan program itu sebagai dekat di hatinya.

"Saya boleh terus cakap mengenai PERMATA, tetapi saya rasa kamu kena duduk hingga petang.

"Saya mempunyai banyak untuk cerita tentang PERMATA. Kadang-kadang suami saya akan berkata boleh tolong tutup mulut dan mata, jadi kita boleh rehat," katanya yang mengundang lebih banyak gelak ketawa.

Mengenai dana yang diberikan kepada PERMATA, Rosmah berkata ini disimpan di Perbendaharaan dan tertakluk kepada pelbagai prosedur.

"Kami perlu mengikuti prosedur tertentu. Saya tidak tahu prosedur itu, kamu perlu tanya (pengerusi jawatankuasa kerja program PERMATA Siti) Azizah (Sheikh Abod) mengenainya.

"Dialah orang yang minta duit, (tentukan) bagaimana duit itu dibelanjakan dan bagaimana ia diagihkan. Dia tidak lapor kepada saya.

"Itu yang saya mahu kamu semua tahu. Wang itu tidak masuk beg saya," ulangi beliau yang terus menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Sebanyak RM85 juta diperuntukkan bagi program pendidikan awal kanak-kanak pintar PERMATA dalam Bajet 2017

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS