Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Demo Jakarta: Adik Megawati, artis antara ditahan polis
Diterbitkan:  Dec 2, 2016 4:37 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

GLOBAL Adik bekas presiden Megawati Soekarnoputri dan penyanyi popular Ahmad Dhani antara yang ditahan dalam demonstrasi menuntut penangkapan gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama hari ini.

Memetik peguamnya, media tempatan melaporkan Rachmawati, adik bungsu Megawati, ditahan di rumahnya di Jakarta hari ini.

Ahmad Dhani pula ditahan semasa bersedia untuk menyertai perhimpunan “Aksi Damai 2 Disember” yang kini disertai lautan manusia.

Demonstrasi besar hari ini yang kedua dianjurkan di Jakarta.

Acara sebelum ini berlangsung seharian dan menyaksikan beberapa orang terbunuh.

Kemarahan itu berpunca daripada kenyataan Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok yang menyelar pihak yang menggunakan ayat al-Quran bagi berkempen menentangnya.

Ahok, yang mempertahankan jawatan gabenor Jakarta, menjawab serangan terhadapnya, seorang Cina Kristian, bahawa orang bukan Islam tidak boleh menjadi pemimpin untuk orang Islam.

Lihat Komen
ADS