Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gangguan bekalan air di Hulu Langat, KL dan PJ pada 6 Dis
Diterbitkan:  Dec 2, 2016 5:44 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

Beberapa kawasan di daerah Hulu Langat, Petaling dan beberapa lokasi di ibu kota akan mengalami gangguan bekalan air sementara, susulan kerja-kerja menaik taraf sistem rawatan Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan hari ini berkata kerja-kerja menaik taraf akan dilaksanakan pada 6 Disember ini bermula jam 8 pagi sehingga 4 pagi keesokannya (7 Disember).

Kawasan yang terlibat adalah di Zon 1, Hulu Langat iaitu Bandar Rinching Fasa 5 & 6; Bandar Sunway Semenyih/ Desa Mewah; Bandar Tasik Kesuma; Bandar Teknologi Kajang; Bandar Rinching Seksyen 1; Bukit Angkat; Bukit Mewah Fasa 6,7 & 8; Cheras Idaman; Damai mewah; Good View Height; Indah Jaya; Industri Bukit Angkat dan Industri Sungai Chua (Let. Adnan).

Selain itu, Jade Hill; Jalan Kuari Sungai Long; Jalan Langat Batu 14 - 17; Jalan Melati; Kampung Sungai Kantan; Kampung Bukit Angkat; Kawasan Perindustrian Ria; Kawasan Perniagaan Nilam; Kawasan Perindustrian Balakong; Kenangan 18; keseluruhan perkampungan Jalan Sungai Lalang dan Keseluruhan Taman Bukit Mewah 1,2,3,4,5.

Kampung Jambu; Kampung Pasir Baru Semenyih; Kampung Rinching Hulu; Kampung Rinching Tengah; Kampung Sungai Kantan; Kampung Ashraf; Kampung Baru Cina Batu 11; Kampung Sungai Tekali, Jalan Sungai Tekali; Klinik Kesihatan Kajang; Klinik Kesihatan Semenyih; Kompleks Penjara Kajang; Lingkaran Nur; Maktab Polis; Nirwana Semenyih; Pekan Batu 11 dan Pekan Kajang.

Pinggiran; Pinggiran Delima; PKNS Kampung Jambu; Premis di Jalan Cheras Batu 12-14 (Kanan); Rumah Murah PKNS Sungai Ramal; Sekolah Tinggi Kajang; Sekolah Teknik Kajang; Sungai Ramal Baru; Sungai Macau; Sungai Ramal Dalam; Taman Balakong Jaya; Taman Bangi Jaya; Taman Bukit Belimbing; Taman Bukit Mutiara dan Taman Bukit Semenyih.

Kawasan lain ialah Taman Desa Kenanga; Taman Dusun Jaya; Taman Cahaya; Taman Cantik; Taman Cendana; Taman Cheras Perdana; Taman Damai Jaya; Taman Desa Meringin; Taman Desa Sri Jenaris; Taman Harmoni Indah; Taman Hill Park; Taman Indah; Taman Industri Balakong Jaya; Taman Industri Selesa Jaya dan Taman Jaya 2.

Turut terjejas Taman Juara Jaya; Taman Kasih; Taman Kemacahaya; Taman Lestari; Taman Maju 1; Taman Megah; Taman Murni; Taman Perkasa; Taman Puncak Utama; Taman Puteri Jaya; Taman Putra Budiman; Taman Rakan; Taman Ros; Taman Sekamat; Taman Semenyih Impian; Taman Seri Timah; Taman Shah Jaya dan Taman Sri Mewah.

Selain itu Taman Sri Cheras; Taman Sri Cheras Jaya; Taman Sri Haneco; Taman Sri Nanding; Taman Sri Putri; Taman Sungai Besi Indah 1, 2, & 3; Taman Suria; Taman Tanming Jaya 1; Taman Tanming Permai; Taman Tanming Ria; Taman Titiwangsa; Taman Wawasan; Taman Zamrud; Tiara Residence; Taman Aik Ann dan Taman Anggerik Perdana.

Taman Anggerik Villa; Taman Angkasa Indah; Taman Asa Jaya; Taman Bangi Jaya; Taman Berjaya Sungai Jelok; Taman Bukit Cantik Sungai Jelok; Taman Bukit Kajang; Taman Bukit Kajang Baru; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Kenangan; Taman Bukit Mewah Fasa 5; Taman Bukit Mewah Fasa 9 & 10; Taman Bukit Ria; Taman Desa Baru; Taman Damai Mewah; Taman Desa Mewah; Taman Desa Mutiasa; Taman Desa Ros Kajang; Taman Harmoni, Kajang; Taman Hieow Piow; Taman Indah Sungai Jelok dan Taman Intan Sungai Jelok.

Taman Jasmin; Taman Jelok Impian; Taman Jelok Indah; Taman Jelok Ria; Taman Kajang Mulia; Taman Kajang Baru Sungai Jelok; Taman Kajang Perdana; Taman Restu; Taman Sakap; Taman Seri Damai; Taman Sri Jelok; Taman Kajang Prima; Taman Kajang Raya Jalan Bukit; Taman Kajang Ria; Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Kurnia Keringin.

Taman Maju 1, Sungai Jelok; Taman Maju 2; Taman Manikavasagam; Taman Megah, Sungai Jelok; Taman Minang; Taman Permai Semenyih; Taman Permata; Taman Persiaran Bukit Mewah; Taman Ramal Indah; Taman Ria Sungai Jelok; Taman Rinching Indah; Taman Saga Emas; Taman Selamat; Taman Semenyih dan Taman Semenyih Mewah Fasa 3,4,5.

Taman Sentosa Sungai Jelok; Taman Seri Ramal; Taman Sungai Jelok; Taman Sri Antan; Taman Tanming Impian; Taman Villa Height; Venice Hill; Wisma Tanjung Balai; Agrotek Sungai Semungkis; TTDI GROVE; Eco Hill dan Pelangi Semenyih.

Sementara itu bagi zon 2 Hulu Langat pula, kawasan terjejas ialah Bandar Mahkota Cheras; Bandar Tun Hussein Onn; Kooperasi Maju Jaya; Taman Cheras Mas; Cheras Vista; Country Heights; Desa Budiman; Kajang Utama; Mutiara Jaya; Prima Saujana; Puncak Perdana; Saujana Impian; Setia Impian; Bandar Sungai Long dan Bandar Sungai Long 2.

Sutera Residence; Taman Sri Kenari; Taman Kota Cheras; Taman Lagenda Mas 1, 2; Taman Rasa Sayang; Taman Sri Aman; Taman Tun Perak; Taman Sri Minang; Taman Sutera; Taman Kantan Permai; Twin Palm dan Cheras Prima.

Bagi zon 1 Kuala Lumpur pula, kawasan terlibat adalah Bandar Damai Perdana A; Bandar Damai Perdana B; Bandar Damai Perdana Fasa 2 (Gayana); Bandar Damai Perdana Fasa 3; Taman Orkid Desa; Alam Damai; Taman Bukit Anggerik; Taman Minang Ria; Taman Bukit Angsana; Taman Suria Jaya; Taman Len Seng; Damai Merawan dan Taman Desa Cheras.

Taman SPPK Bukit Cheras; Taman Bukit Segar Jaya; Taman Connaught; Taman Sri Bahagia; Taman Desa Baiduri; Taman Billion; Cheras Hartamas; Bandar Baru Segar Utama; The Peak; Taman Cheras Utama (Desa Baiduri); Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kencana; Taman Pandan Indah; Taman Pandan Indah Komersial; Shamelin Perkasa Industri; Pandan Cahaya dan Taman Maju Jaya.

Taman Cheras Indah; sebahagian Taman Lembah Maju: Jalan Maju 2/1 - 2/9; Desa Tun Razak; Taman Tayton View; Taman Cirrus Tayton; Taman Mutiara Barat; Taman Segar; Bandar Tun Razak; sebahagian Bandar Tasik Permaisuri; Taman Jaya dan Taman Bukit Hartamas.

Taman Segar Perdana; Taman Wangsa Cheras; Taman Cheras Awana; Taman Cheras Zen; Taman Hijauan Residen; Taman Cheras Permata; Taman Midah; Taman Supreme; Taman Cheras; Taman Cantik; Sierra Seputeh; Taman Bukit Seputeh dan Taman Seputeh Height.

Di Zon 2 pula, Kampung Cheras Baru; Taman Muda; Taman Mawar; Taman Putra; Taman Teratai; Taman Saga; Taman Melur; Taman Seraya; Taman Mega Jaya; Taman Bukit Permai; sebahagian Taman Lembah Maju: Jalan Bunga Mawar, Jalan Bunga Kemboja dan Jalan Bunga Melor.

Bagi Zon 1 Petaling pula, kawasan terjejas adalah seluruh perumahan polis Taman Desa Tasik, Sungai Besi; Masjid Al Muqarrobbin, Desa Tasik; Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Desa Tasik; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tasik; Kondominium Midfield, Jalan Sungai Besi; Perumahan Tentera di Jalan Labuan, Bandar Tasik Selatan dan Kondominium Tasik Height di Jalan 30/146, Desa Tasik.

Menurut kenyataan itu, bekalan air akan disambung semula secara berjadual ke kawasan yang terlibat mengikut zon dengan Zon 1 akan menerima sambungan air bermula jam 4 petang 7 Disember manakala Zon 2 pada pukul 9 pagi hari yang sama (7 Disember).

"Bantuan bekalan air hanya akan dihantar melalui lori tangki ke kawasan yang tidak mendapat bekalan di zon yang sepatutnya mendapat bekalan air," katanya.

Bagaimanapun, menurut SYABAS, bekalan air bagi kesemua kawasan terlibat dijangka pulih sepenuhnya pada 13 Disember ini, justeru pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sehingga tarikh itu (13 Disember).

Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15300 dengan menaip TANKER<jarak>Nama dan Alamat atau mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja menaiktaraf itu melalui aplikasi telefon pintar 'mySYABAS', Facebook 'Puspel Syabas' atau 'Air Selangor', atau boleh juga layari laman sesawang www.syabas.com.my.

- Bernama

Lihat Komen
ADS