Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
UUM melonjak dalam ranking universiti terbaik dunia
Diterbitkan:  Dec 2, 2016 7:15 PM
Dikemaskini: 11:16 AM

Kedudukan Universiti Utara Malaysia (UUM) terus melonjak apabila berada di kedudukan 201-250 dunia dalam Times Higher Education (THE) BRICS and Emerging Economies University Rankings 2017.

Editor THE World University Rankings, Phil Baty berkata UUM tersenarai dalam penilaian yang melibatkan 300 universiti dari 50 negara membangun, termasuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS).

"Hanya universiti terbaik disenaraikan dalam BRICS and Emerging Economies University Rankings 2017 dan untuk itu, kami ucapkan tahniah kepada semua universiti yang tersenarai dalam kedudukan 300 teratas tahun ini," katanya dalam kenyataan dikeluarkan UUM hari ini.

Baty berkata tujuh universiti di Malaysia turut tersenarai dalam ranking berprestij itu yang menunjukkan peningkatan sebanyak tiga universiti berbanding empat universiti pada tahun lepas.

Selain UUM, universiti lain yang tersenarai buat julung kalinya adalah Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang berada di kedudukan 251-300.

Sementara, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia berjaya tersenarai dalam kedudukan 100 teratas manakala Universiti Sains Malaysia di kedudukan ke-114 manakala Universiti Kebangsaan Malaysia di tangga ke-136," katanya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata pencapaian tersebut adalah di luar dugaan dan sangat membanggakan seluruh warga UUM.

"Saya berharap semua warga UUM terus bekerja keras untuk mencapai kejayaan lain yang lebih besar selepas ini. Dengan usaha keras ini, saya yakin UUM mampu berada setanding dengan universiti terkemuka lain di dunia," katanya.

Kedudukan dalam THE BRICS and Emerging Economies University Rankings, menggunakan 13 petunjuk prestasi yang sama dalam THE World University Rankings untuk menilai institusi dari segi pengajaran, penyelidikan, pemindahan, pengetahuan dan pandangan antarabangsa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS