Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerusi-kerusi MCA yang diserahkan kepada parti komponen BN pada pilihan raya umum yang lalu haruslah dikembalikan, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Pendirian kami adalah mana-mana kerusi yang kami pinjamkan perlu dikembalikan," ujar beliau kepada para pemberita selepas menghadiri majlis tamat pengajian SJK Wangsa Maju hari ini.

Pada pilihan raya umum tahun 2013, MCA meminjamkan tiga kerusi iaitu Wangsa Maju, Kuantan dan Gelang Patah kepada Umno.

Ketiga-tiga kerusi itu kemudiannya tewas ke tangan pembangkang dengan Ahli Parlimen PKR Tan Kee Kwong dan Fuziah Salleh masing masing menang di Wangsa Maju dan Kuantan.

Veteran DAP Lim Kit Siang pula mendapat kemenangan mengejut di kerusi Gelang Patah dengan berjaya menewaskan bekas menteri besar Johor, Datuk Ghani Othman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS