Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP bidas DBKL kerana cuci tangan insiden jambatan runtuh
Diterbitkan:  Dec 3, 2016 3:03 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibidas kerana enggan bertanggungjawab terhadap insiden runtuhan jambatan di KL Eco City, sebaliknya menunding jari kepada pihak lain.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata DBKL sepatutnya bertanggungjawab kerana merupakan rakan usaha sama dalam projek tersebut.

"Saya merasa kesal apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, enggan bertanggungjawab ke atas insiden runtuhan jambatan pejalan kaki KL Eco City.

"Sikap menuding jari kepada CIDB dan DOSH dalam insiden ini apabila projek KL Eco City bukan hanya terletak di bawah pantauan DBKL, bahkan DBKL jua merupakan rakan usaha sama dalam projek tersebut.

Nurul Izzah berkata, pada tahun 2011, Menteri Wilayah ketika itu, Raja Nong Chik dan DBKL dengan bangganya mengumumkan projek KL Eco City merupakan projek strategik membangunkan Kuala Lumpur.

"Tetapi, apabila insiden buruk berlaku akibat jambatan runtuh sehingga meragut nyawa dan keselamatan, pihak DBKL dengan mudah ‘mencuci tangan’ walaupun siasatan belum selesai dijalankan," katanya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS