Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Rosmah pasti buat sesuatu jika benar saya dengan Altantuya'

Datin Seri Rosmah Mansor sudah tentu akan melakukan sesuatu sekiranya mendapati suaminya tidak setia, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Setiap kali ada pembunuhan, ramai mendakwa Najib terlibat, kes Altantuya pun saya terlibat, Kevin Morais pun saya kena.

"Kalau betul saya terlibat isteri saya dah buat sesuatu," kata Najib secara berseloroh dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC hari ini.

Malah, Najib yang juga perdana menteri turut membidas mereka yang menyebarkan khabar angin tentang 'cincin' isterinya.

"Cerita cincin, bangkitkan kemudian, mereka kata mereka hanya bergurau sebab itulah saudara, kita tak boleh senang sangat nak terima cerita itu, kadang ia sengaja dibuat," kata Najib.

Rosmah sebelum ini menafikan dakwaan beliau membeli cincin berharga RM24 juta dan menyifatkan ia sebagai fitnah pembangkang.

Selain itu, Najib juga menafikan skandal hutang 1MDB, tetapi tidak menyentuh mengenai dakwaan beliau menerima dana daripada firma pelaburan negara itu.

Lihat Komen
ADS