Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tahan semula pegawai kanan bergelar 'Datuk'

Pegawai kanan kerajaan bergelar 'Datuk' yang dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam,
ditahan semula bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram melibatkan nilai jutaan ringgit.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 55 tahun itu yang dibebaskan pada 9.25 pagi semalam selepas ditahan reman empat hari, dipanggil semula ke Pejabat SPRM di Melaka petang semalam, sebelum dibebaskan pada jam 11 pagi ini.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA)," kata sumber itu kepada pemberita di Melaka, hari ini.

Suspek yang lebih tiga tahun bertugas sebagai pegawai kanan itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

SPRM turut membekukan akaun bank milik pegawai awam itu yang mengandungi wang jutaan ringgit, disyaki diraih menerusi aktiviti pengubahan wang haram.

Terdahulu, lelaki berkenaan yang memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam dilihat meninggalkan perkarangan Pejabat SPRM pada pukul 11.07 pagi. -Bernama

Lihat Komen
ADS