Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MCA tubuh jawatankuasa kaji Akta 355
Diterbitkan:  Dec 3, 2016 6:02 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

MCA akan menubuhkan sebuah jawatankuasa undang-undang bagi meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tugas itu akan dilaksanakan dengan kerjasama dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan.

Menurutnya, jawatankuasa itu, yang akan diterajui Biro Undang-undang MCA, akan menghimpunkan pakar undang-undang bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Memandangkan cadangan pindaan itu akan memberi kesan terhadap sistem undang-undang negara kita..., maka kita perlu buat kajian terperinci mengenainya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi interaktif dengan dewan perniagaan dan persatuan Cina di Wisma MCA hari ini.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata jawatankuasa itu akan menjadi saluran bagi MCA untuk menyampaikan pandangannya kepada masyarakat berhubung cadangan pindaan berkenaan yang dibuat melalui Rang Undang-undang Persendirian PAS.

- Bernama

Lihat Komen
ADS