Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas peguam sultan Johor mahu pindah kes ke KL

Peguam Kamal Hisham Jaafar, yang berdepan beberapa pendakwaan pecah amanah dan pertuduhan bawah Akta Syarikat 1965 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, cuba memindahkan kes jenayah itu ke Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh 29 Disember depan untuk mendengar permohonan itu.

Ia diputuskan selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Abdul Karim Abdul Rahman.

Peguamnya Mohd Khairul Azam Abdul memberitahu Malaysiakini perkembangan itu setelah dihubungi hari ini.

“Kamal Hisham akan diwakili oleh pasukan empat peguam melibatkan Abdul Aziz Abdul Rahman, Shahruddin Ali, Syed Azimal Syed Abu Bakar dan saya,” katanya.

Khairul Azam berkata mereka juga akan memohon penangguhan untuk prosiding di Johor Bharu sementara menunggu keputusan terhadap permohonan di Kuala Lumpur.

Permohonan itu dibuat bagi memastikan Kamal Hisham mendapat pendengaran yang adil.

Kamal Hisham, yang mempunyai kaitan dengan Sultan Johor sebelum ini, mendakwa tidak dapat tinggal di negara ini kerana bimbang keselamatan dirinya daripada baginda.

Dia meninggalkan Malaysia pada April 2011 dan tinggal di Dubai.

Dia ditangkap ketika mendarat di Singapura tahun lalu dan kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa di Malaysia.

Kamal sedang dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan kesnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS