Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Program melibatkan mahasiswa universiti kini bukan lagi sekadar memberi cadangan dan belum boleh dibuktikan bakal dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Almaklumlah, peruntukan universiti banyak dipotong untuk merealisasikan cadangan-cadangan mahasiswa yang mempunyai kos tersendiri.

Kini nampaknya program mahasiswa bersama Najib hanyalah untuk menampakkan kepada umum bahawa mahasiswa seolah-olah menyokong perdana menteri.

Ia dilakukan demi kelangsungan politik Presiden Umno itu. Justeru timbullah label 'Ma-Cai' yang bermaksud 'mahasiswa pencacai'.

Suatu ketika dulu Najib kurang terlibat dalam program bersama mahasiswa apabila kebiasaannya ia hanya dihadiri menteri .

Bagaimanapun sekarang Ketua Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta Umno, Datuk Razali Ibrahim, dan Ketua Biro Institut Pengajian Tinggi Awam Umno, Fathul Bari Mat Jahya bekerja keras membawa mahasiswa ke program tajaan parti itu demi political millage Najib.

Ingatlah mahasiswa, setiap program tajaan kerajaan yang kita hadiri melibatkan kos menggunakan wang negara.

Hargailah setiap sen duit rakyat yang kita makan dan minum di PWTC, tempat tinggal di hotel bersebelahan Menara Umno, pakaian dan goodies dibekalkan pemegang tender parti itu sepatutnya perlulah memberi manfaat kepada rakyat.

Jangan sampai mahasiswa menjadi benteng pemimpin Umno yang terlibat dengan skandal 1MDB.

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah negarawan yang menaikkan nama Malaysia ke pentas dunia sewaktu kita membesar dari tadika hingga ke sekolah dan universiti.

Beliau bukanlah pengkhianat seperti yang dipekik-pekikkan orang di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Janganlah kerana kita menghadiri program bersama Najib, dapat memakai sut baju kemeja putih bergosok licin, bertali leher warna terang, pakai kot tak berhabuk, kasut kulit hitam berkilat, rambut berstail Aiman Tino dan dengan berjalan seiringan dengan orang besar universiti atau kementerian maka kita terlupa fokus mahasiswa untuk membantu melawan rasuah dan salah guna kuasa.

Kalau kita sayangkan Melayu, sayangkan Islam, kenapa maruah mahasiswa senang dibeli untuk menyokong pemimpin yang tidak berlaku adil kepada rakyat dengan menyembunyikan isu skandal 1MDB?

Mengapa pula salahkan Cina DAP sedangkan pemimpin Melayu Umno yang berbuat korupsi? Fikir-fikirkanlah.


MUHAMMAD KHAIRUL REZWAN Bekas anggota parlimen mahasiswa 2015

Lihat Komen
ADS