Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Jangan bimbang, Hadi arif dengan muslihat Umno’
Diterbitkan:  Dec 6, 2016 10:00 AM
Dikemaskini: 3:42 AM

Setiausaha Politik Presiden PAS Ahmad Shamsuri Mokhtar memberi jaminan bahawa bosnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih arif akan helah Umno.

Katanya, ini di sebalik kedua-dua parti itu berkongsi pentas pada himpunan membantah penindasan Rohingya Ahad lalu dan bekerjasama dalam usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

“PAS kena 'game' oleh Umno?

"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dalam melihat percaturan antara PAS-Umno.

“Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini,” katanya di laman Facebook.

Menurut Ahmad Shamsuri, Abdul Hadi sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat parti Melayu itu dan usianya seangkatan dengan Umno.

“Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan PAS mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit,” katanya.

Najib pada Ahad lalu berkata perhimpunan membantah penindasan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya membuktikan Umno boleh bekerjasama dengan PAS mengenai "isu-isu bersama" tanpa perlu mewujudkan pakatan politik.

Pada sesi parlimen lalu, kerajaan memberi laluan supaya rang undang-undang ahli persendirian yang dibawa oleh Abdul Hadi dibentangkan.

Malah, pada perhimpunan agung Umno, minggu lalu, Najib berkata kerajaan akan "mengambil alih" usul Abdul Hadi itu dan akan berusaha meminda Akta 355.

Pemimpin PAS, termasuk timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa di sebalik Najib dan Abdul Hadi berpegangan tangan parti itu tetap bersaing dengan Umno.

Katanya, sebarang dakwaan yang "mencanangkan" wujud kerjasama politik antara PAS dan Umno adalah fitnah.

Mengulas lanjut, Ahmad Shamsuri berkata, selama pimpinan PAS menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu dalam pemeliharaan Allah dalam mencapai mardhatillah.

“Politik dan dakwah serta tarbiyah yg kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita utk meninggikan kalimah Allah ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi Allah.

“Bekalan kita mengadap Allah di hari pengadilan-Nya. Tetaplah kita istiqamah, insyaAllah," katanya.

Lihat Komen
ADS