Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada kira-kira jam 6.03 pagi ini.

Bernama yang memetik kenyataan Jabatan Meteorologi, melaporkan pusat gempa terletak 77km timur laut Banda Acheh, Indonesia dan 440km barat daya Langkawi, Kedah.

Setakat pukul 10.53 pagi tadi, sebanyak 25 orang disahkan maut.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Laporan AFP juga mengesahkan sekurang-kurangnya 25 maut manakala ratusan lagi cedera susulan gempa kuat awal pagi ini.

Gempa itu melanda daerah Pidie Jaya, kawasan terbesar penduduk Islam ketika mereka sedang menunaikan solat subuh.

AFP memetik Ketua Agensi Bencana Daerah, Puteh Manaf, berkata, satu-satunya hospital di daerah itu kini sudah dipenuhi dengan jumlah mangsa yang cedera.

"Data kami di sini menunjukkan 25 orang terbunuh manakala ratusan lagi mengalami kecederaan," katanya.

Rakaman televisyen dan gambar yang beredar di Internet menunjukkan rumah, bangunan, termasuk kedai-kedai dan masjid-masjid runtuh di daerah yang paling teruk terjejas Pidie Jaya dan Pidie.

"Saya panik dan takut, saya masih gementar," kata Amanda, seorang doktor di Banda Aceh yang dipetik oleh agensi dpa.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS