Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zunar mahu mahkamah batal larangan ke luar negara

Kartunis politik Zunar memfailkan tindakan undang-undang terhadap larangan perjalanan beliau ke luar negara yang dikatakan atas arahan polis.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ul-Haque memfailkan permohonan semakan kehakiman melalui peguamnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Saya dijemput untuk menghadiri forum di Universiti Nasional Singapura tetapi saya dimaklumkan oleh pegawai imigresen yang nama saya dalam senarai hitam.

"Saya juga dimaklumkan bahawa sebab adalah kerana arahan daripada Ketua Polis Negara, tetapi tiada penjelasan lanjut diberikan," katanya kepada pemberita di lobi mahkamah.

Khalid pada masa itu dilaporkan berkata pihak polis tidak perlu memberi penjelasan mengapa mengenakan larangan perjalanan terhadap Zunar.

Zunar dilarang menaiki penerbangan ke Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3 petang, 17 Oktober lalu.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili Zunar berkata, permohonan itu difailkan terhadap Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri dan polis.

"Di pihak kami, kami percaya bahawa hak perlembagaan Zunar di bawah Perkara 5 (hak untuk hidup), Perkara 8 (hak kepada persamaan) dan Perkara 9 (hak untuk bergerak) telah dilanggar.

"Persoalannya sekarang ialah sama ada Malaysia adalah sebuah negara berdasarkan undang-undang atau pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut hawa nafsu mereka sendiri, sewenang-wenangnya dan pada pandangan kami di luar bidang kuasa mereka," katanya.

Paulsen menambah bahawa beliau berharap permohonan Zunar akan didengar tidak lama lagi supaya haknya dapat dipulihkan.

Sebelum ini beberapa buah buku Zunar termasuk koleksi kartun yang diterbitkan oleh Malaysiakini, telah diharamkan.

Lihat Komen
ADS