Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PAS: Najib perlu jelaskan kenapa PAT di Myanmar
Diterbitkan:  Dec 7, 2016 11:58 AM
Dikemaskini: 7:50 AM

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berada di Myanmar.

Kenyataannya itu susulan akhbar Myanmar Times yang mendakwa Zulkifeli telah berjumpa dengan pemimpin kanan Myanmar untuk memperbaiki hubungan antara Yanggon dan Kuala Lumpur, berikutan kehadiran Najib pada himpunan solidariti bersama Rohingya, Ahad lalu.

“Ini (kehadiran Zulkifeli) amat bertentangan dengan sikap tegas beliau (Najib) pada sebuah himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas.

“Sikap sedemikian tidak akan memberi tekanan kepada pemerintah Myanmar untuk memberhentikan pembunuhan dan kezaliman kerana negara tidak kelihatan serius memperjuangkan nasib masyarakat Islam itu,.

“Kecuali kehadiran Panglima Angkatan Tentera adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah negara itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan Myanmar Times semalam bahawa Zulkifeli bertemu dengan Presiden Myanmar U Htin Kyaw dan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.

Zulkifeli dilaporkan diberitahu bahawa bahawa tiada pelanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat etnik Rohingya yang beragama Islam itu dan pihak berkuasa Myanmar berbohong.

Ahad lalu, Najib menyertai ribuan rakyat sebagai himpunan solidariti bersama Rohingya di Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Najib mengutuk layanan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya dan ini mencetuskan kemarahan Yangon dan rakyatnya, sehingga mencetuskan satu siri protes anti-Najib dan anti-Malaysia di sana.

Akhbar Myanmar juga menuduh Najib cuba mengambil kesempatan daripada sentimen Islam di Malaysia untuk meraih undi dan mengalihkan perhatian daripada dakwaan skandal dan rasuahnya.

[Baca berita penuh]


 

Lihat Komen
ADS