Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kos tak masuk akal, Trump batal tempah Air Force One baru
Diterbitkan:  Dec 7, 2016 12:17 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump membatalkan tempahan dengan Boeing Co untuk membina pesawat Air Force One yang baru bernilai lebih AS$4 bilion setelah mengadu kos itu di luar kawalan.

"Boeing sedang membina satu pesawat baru 747 Air Force One untuk kegunaan presiden di masa depan, tetapi kosnya di luar kawalan, lebih AS$ 4 bilion. Batal tempahan!" kata Trump di Twitter.

Memetik laporan Reuters, Trump yang bakal menduduki Rumah Putih pada 20 Januari akan datang juga dikatakan akan menggunakan kemahiran sebagai ahli perniagaan untuk membuat tawaran yang baik dan memberi manfaat kepada pembayar cukai Amerika.

Beliau yang kemudiannya membuat penampilan mengejut di lobi Menara Trump di New York berkata, kos pembikinan pesawat yang menjadi simbol kehebatan presiden AS sebagai tidak masuk akal.

"Pesawat itu betul-betul di luar kawalan. Saya rasa ia tidak masuk akal. Saya rasa Boeing melakukan perkiraan. Kami mahu Boeing menjana wang yang banyak tetapi tidaklah sebanyak itu," katanya kepada pemberita, memetik laporan yang sama.

Boeing yang telah membina pesawat untuk presiden AS sejak tahun 1943 masih belum memulakan kerja-kerja penggantian untuk Air Force One yang sedang diguna pakai sekarang ini.

Menurut syarikat itu, pihaknya kini menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak bernilai AS$170 juta yang berkisar mengenai penentuan keupayaan pesawat untuk memenuhi keperluan unik presiden AS," jelasnya.

Lihat Komen
ADS