Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: China 'selamatkan' 1MDB dalam pertikaian IPIC
Diterbitkan:  Dec 7, 2016 2:44 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

China dilaporkan akan membantu 1MDB dalam membuat bayaran balik kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dalam pertikaian antara keduanya yang bernilai AS$6.5 bilion.

Menurut Financial Times, tiga individu yang rapat dengan hal tersebut berkata, China telah dilamar untuk menjadi sumber dana 1MDB.

Ia menambah, sumber berkata, Malaysia akan menukar aset untuk pembiayaan.

Dakwaan berkenaan, bagaimanapun, tidak dapat disahkan secara bebas oleh Malaysiakini.

Menurut laporan tersebut, Presiden 1MDB Arul Kanda dalam maklum balas kepada dakwaan itu berkata, pihaknya 'tidak mempunyai sebarangan kenyataan susulan mengenai pertikaian dengan IPIC".

Pada bulan Mei tahun lepas, IPIC berada pada kedudukan yang sama seperti China setelah muncul sebagai 'penyelamat' kepada 1MDB yang bergelut untuk membayar balik pinjaman berjumlah AS$975 juta.

Ia berlaku selepas sebuah konsortium bank yang diketuai oleh Deutsche Bank menuntut pembayaran balik awal dari 1MDB kerana "dokumen sekuriti yang tidak lengkap".

Sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelamat, IPIC pada Jun tahun lepas melanjutkan pinjaman AS$1 bilion kepada 1MDB bagi menyelesaikan pinjaman tertunggak kepada Deutsche Bank dan rakan kongsi konsortium.

Perjanjian tersebut adalah bertujuan memuktamadkan pertukaran berikutnya hutang-bagi-aset bagi menyelesaikan hutang 1MDB sekitar AS$3.5 bilion.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS