Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor amat tertarik dengan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2016 kerana buah-buahan yang dibawa ke acara itu sangat besar dan manis.

"Saya tertarik dengan Castle Of Fruits kerana terdapat pelbagai buah-buahan Malaysia yang semakin besar, semakin manis dan standard makin meningkat," kata Rosmah dalam lawatan rasminya ke tapak pameran MAHA 2016 di MAEPS, Serdang dekat sini.

Kata Rosmah, pada masa yang sama, beliau juga begitu tertarik dengan watak animasi popular kanak-kanak 'Upin dan Ipin' yang di bawa khas ke pameran MAHA 2016 selain berasa gembira dengan kehadiran luar biasa pengunjung pada kali ini.

"Saya amat minat kepada Upin dan Ipin di mana ibu bapa boleh datang bawa anak-anak lihat cara menanam sayur dan cara tangkap ikan.

"Saya amat gembira kerana ramai pengunjung datang ke MAHA (2016) membawa anak mereka, saya juga rasa minat mereka kepada MAHA (2016) makin meningkat serta berharap ia akan terus berkembang bukan saja dalam negara tetapi juga di luar negara," kata Rosmah.

Pameran MAHA 2016 masuk hari ketujuh dengan mencatat kehadiran sebegitu ramai para pengunjung sekitar 700 ribu orang.

Terdahulu, Rosmah menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Orkid Sempena MAHA 2016 sebelum melakukan tinjaun ke beberapa tapak pameran.

Antara tapak yang sempat beliau kunjungi ialah Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin, D'Lereng yang menempatkan durian terbaik Malaysia iaitu Musang King dan Empayar Makanan yang menempatkan 168 makanan popular negara.

Lihat Komen
ADS