Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khairuddin mohon perjelas kenapa undangan Dr M batal
Diterbitkan:  Dec 8, 2016 11:44 AM
Dikemaskini: 3:46 AM

Bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan memohon penjelasan kenapa undangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk istiadat melibatkan Yang di-Pertuan Agong dibatalkan.

“Yang berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad juga adalah mantan perdana menteri paling lama di negara kita!

“Menjawat jawatan perdana menteri selama 22 tahun!” tegasnya.

Semalam, tersebar meluas surat dikatakan daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Mahathir yang membatalkan undangan untuk istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda pada 13 Disember ini.

Ia dikatakan bagi “mengelak kesipuan (embarrassment)” kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan pada acara itu.

Seorang pegawai Mahathir yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima surat itu.

Pegawai Istana Negara yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai surat berkenaan, manakala pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pula tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana pegawai yang bertugas tiada pada waktu itu.

Dalam kenyataannya malam tadi, Khairuddin menegaskan bahawa pihak istana harus berkecuali dari politik.

“Kita mengamalkan konsep raja berperlembagaan dan institusi raja-raja juga tidak terbabit dengan hal ehwal politik,” katanya.

Lihat Komen
ADS