Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki keluar angkat bubu dijumpai mati tergantung di pokok
Diterbitkan:  Dec 8, 2016 3:58 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar untuk mengangkat bubu di Sungai Stum di Lundu petang Selasa, ditemui mati tergantung di pokok.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mayat Romy Lego, 25, dijumpai tergantung di pokok lebih kurang enam meter dari aras tanah pada jam 11.30 pagi tadi.

Katanya, lokasi penemuan mayat adalah kira-kira dua kilometer dari Kampung Stungkor Lama, Lundu dan mayat dibawa keluar dari kawasan hutan berkenaan pada pukul 2 petang tadi dengan bantuan pihak polis dan penduduk kampung.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pasukan bomba bersama pasukan polis dan penduduk kampung sejak 4.20 petang semalam selepas pihak polis menerima laporan dari bapa mangsa.

Bapa mangsa Lego Nyigon, 48, membuat laporan polis di Balai Polis Lundu setelah usaha mencari anaknya itu dengan bantuan penduduk kampung gagal untuk menemuinya.

Lego dalam laporan polis menyatakan anaknya telah keluar dari rumahnya di Kampung Stungkor Lama, Lundu pada kira-kira pukul 5 petang Selasa lepas untuk pergi ke Sungai Stum bagi memeriksa bubu ikannya tetapi sehingga petang semalam belum pulang ke rumah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS