Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KESATUAN dapat anugerah hak asasi Suaram
Diterbitkan:  Dec 8, 2016 9:54 PM
Dikemaskini: 1:59 PM

Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) menerima Anugerah Hak Asasi Manusia daripada Suaram, sehari sebelum pemimpin mereka mengetahui nasib kerana terbabit dalam perhimpunan #TangkapMO1.

Anugerah itu disampaikan Penasihat Suaram Dr Kua Kia Soong sempena pembentangan Laporan Hak Asasi Manusia 2016 oleh pertubuhan berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi KESATUAN, Anis Syafiqah Md Yusof, menerima anugerah berkenaan bagi pihak persatuan mahasiswa itu.

"Sesungguhnya penghargaan ini adalah buat seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia yang sedar.

"Tahniah dan terima kasih kawan-kawan!

"Semoga (anugerah ini) menjadi batu loncatan untuk lebih ramai lagi mahasiswa dan anak muda bangkit, memainkan peranan dalam masyarakat," katanya melalui Facebook.

Anis Syafiqah adalah seorang daripada empat siswa dibicarakan dan berdepan tindakan disiplin kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka pada Ogos lalu.

Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas MO1 (Malaysian Official 1) yang dinamakan dalam saman sivil pihak berkuasa AS bagi mendapatkan semula pelbagai aset didakwa diperolehi melalui penyelewengan dana 1MDB.

Jika didapati bersalah Anis Syafiqah, 24, boleh dikenakan pelbagai tindakan seperti diberi amaran, didenda, digantung pengajian malah disingkirkan daripada pengajian.

Dia kini mengikuti pengajian di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya.

Perbicaraan kes itu diadakan pada 30 November lalu dan keputusan dijangka diumumkan esok.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS