Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Isu pengislaman: Mufti Perlis jadi perhatian
Diterbitkan:  Dec 9, 2016 2:41 PM
Dikemaskini: 6:43 AM

Mufti Perlis menjadi perhatian banyak pihak susulan pindaan undang-undang di negeri itu bagi membenarkan pengislaman kanak-kanak dibuat oleh sebelah pihak.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui pelbagai pihak menghubunginya dan bertanya berhubung dengan perkembangan terbaru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis semalam.

Beliau bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut kerana sedang berada di luar negara.

“Saya tidak mempunyai maklumat terperinci tentang hal berkaitan.

“Saya nanti mungkin akan merujuk kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan maklumat,” katanya.

DUN meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang membenarkan hanya seorang daripada ibu bapa mengislamkan anak mereka.

Pindaan dibuat terhadap terhadap versi bahasa Melayu enakmen itu, yang sebelum ini menyebut kanak-kanak bawah 18 tahun boleh memeluk Islam dengan kebenaran “ibu bapa” atau penjaga.

Menteri Besar Perlis Datuk Azlan Man berkata pindaan itu dibuat bagi menyamakannya dengan versi bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan “parent”, dalam bentuk mufrad.

Menulis dalam Facebook beliau, Asri bagaimanapun mengetengahkan fatwa rasmi Jabatan Mufti Perlis tentang hak penjagaan anak yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

Fatwa itu antaranya menyebut hak hadanah tidak dinilai berdasar agama ibu atau bapa, tetapi hendaklah diserahkan kepada pihak yang dapat menjamin kemaslahatan anak.

Lihat Komen
ADS