Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Gerakan mahu tafsiran jelas 'ibu bapa' dalam perlembagaan

Tafsiran “parent” (ibu bapa) dalam Perlembagaan Persekutuan harus diperjelaskan untuk menyelesaikan itu pengislaman sebelah pihak, kata timbalan ketua Pemuda Gerakan.

Andy Yong berkata masalah itu berkaitan dengan Perkara 12(4), terutamanya dalam versi bahasa Malaysia, yang menyebut ibu atau bapa.

“Justeru itu penting untuk meminta atau menjelaskan peruntukan itu secara tuntas,” katanya sambil berkata perkara itu pernah dibahaskan di mahkamah.

“Jika tidak ia akan memberi ruang negeri lain mengikuti langkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis itu,” kata Yong yang juga seorang pengamal undang-undang.

DUN itu semalam meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang membenarkan hanya seorang daripada ibu bapa mengislamkan anak mereka.

Pindaan dibuat terhadap terhadap versi bahasa Melayu enakmen itu, yang sebelum ini menyebut kanak-kanak bawah 18 tahun boleh memeluk Islam dengan kebenaran “ibu bapa” atau penjaga.

Menteri Besar Perlis Datuk Azlan Man berkata pindaan itu dibuat bagi menyamakannya dengan versi bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan “parent”, dalam bentuk mufrad.

Bercakap kepada Malaysiakini, Yong berkata keputusan Mahkamah Persekutuan dua minggu lalu dalam Kes M Indira Ghandi boleh menyelesaikan masalah sama.

Dalam kes itu, Indira Gandhi mahu Mahkamah Persekutuan melihat semula kes 2008 melihat semula kes R Subashini yang perkataan “parent” ditafsirkan sebagai ibu dan bapa.

Dalam kes Indira, suaminya K Pathmanathan @ Mohd Ridhuan Abdullah mengilslam anak mereka tanpa persetujuannya dan memisahkan daripadanya.

Ia membawa kepada perebutan hak penjagaan berpanjangan kedua-dua bekas pasangan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS