Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Rasuah' bawa presiden Korea Selatan ke pintu keluar
Diterbitkan:  Dec 9, 2016 3:58 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

GLOBAL Presiden Korea Selatan Park Geun-hye berdepan kemungkinan hilang jawatan selepas parlimen akan mengundi untuk usul penyingkirannya hari ini.

Langkah itu diambil setelah Geun-hye terpalit tuduhan rasuah.

Perdana menteri Korea Selatan akan menjadi pemangku presiden sehingga keputusan tuntas dibuat.

Usul itu lulus dengan undian besar 234 anggota parlimen menyokong pengundian penyingkiran dibuat berbanding 56 yang menentang manakala dua lagi berkecuali.

Sebelum ini The Wall Street Journal melaporkan jika enam anggota Mahkamah Perlembagaan tidak menerima penyingkiran parlimen itu, Park akan mendapat semula kuasanya.

Penggal pentadbiran Geun-hye sepatutnya berakhir pada Februari 2008.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS