Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SESB nafi gangguan elektrik di seluruh Sabah, Labuan
Diterbitkan:  Dec 10, 2016 3:40 PM
Dikemaskini: 7:41 AM

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau notis berhubung gangguan bekalan elektrik di seluruh segeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) SESB, Chendramata Sinteh berkata kenyataan yang disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab melalui media sosial Facebook dan WhatsApp itu adalah palsu.

"Oleh itu saya nasihatkan orang ramai jangan terus menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengakibatkan kesulitan yang tidak sepatutnya kepada pengguna lain," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian Careline SESB di 15454 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan SESB.

Sejak semalam, satu kenyataan palsu tersebar menyatakan ada gangguan elektrik di seluruh Sabah dan Labuan dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS