Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Islam wajibkan perjuang hak-hak OA, kata AMANAH
Diterbitkan:  Dec 11, 2016 2:15 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Undang-undang Islam bukan sahaja mengenai menghukum pendosa tetapi turut meliputi hak-hak tanah Orang Asli (OA), kata seorang perwakilan semasa Konvensyen Kebangsaan Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini.

Che Ibrahim Muhammad berkata, umat Islam tidak boleh mendesak untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) sahaja tetapi sekadar merujuk kepada undang-undang sekular apabila melibatkan hak tanah OA.

"Bila kita cakap soal peraturan, hari ini kita sibuk, kita dihebohkan dgn RUU 355, kita desak kerajaan untuk menerima pakai undang-undang syariah atau undang-undang jenayah Islam sebagai undang-undang jenayah negara.

"Tetapi mengapa bila berbicara soal hak memiliki hak tanah orang asli, kita hanya rujuk kanun tanah negara dan enakmen rizab melayu.

"Di mana Islam yg kita katakan sebagai dasar kepada perjuangan kita, ketika mendesak masyarakat terima RUU 355 semata-mata untuk hukum kesalahan zina n minum arak ikut Islam tetapi pada masa yg sama, kita nafikan hak Pribumi untuk memiliki dan menduduki tanah," kata Che Ibrahim.

Baru-baru ini, nasib masyarakat Termiar di Gua Musang mendapat perhatian arus perdana ekoran membina sekatan-sekatan untuk menghalang pembalak dari menceroboh apa yang mereka dakwa sebagai tanah asal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS