Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sasterawan Negara A Samad Said, 81, ‘terasa dihargai’ apabila karya puisinya kini dianggap menjadi senjata kepada kerajaan.

Ia ekoran, beliau yang digelar Pak Samad, membacakan puisi itu ketika perhimpunan BERSIH pada bulan November lalu.

“Saya rasa sebenarnya amat dihargai oleh kerana puisi sudah menjadi senjata dan apa yang saya lakukan dalam BERSIH 2, 3, 4, dan 5, hanya membaca puisi, sebuah puisi yang memperjuangkan hak asasi.

“Tapi itu pun dirasakan seperti ancaman. saya memang berasa bangga kerana saya sempat meningkatkan nilai dan taraf sastera ke tingkat yang mengancam,” katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis Sentul.

Pak Samad merupakan antara individu yang dipanggil memberikan keterangan di kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH.

Beliau kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkaitan himpunan aman bulan lalu.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula berkata, tindakan polis memanggil mereka ini merupakan arahan pihak atasan untuk menekan ahli Parlimen yang mengkritik rasuah yang sedang berlaku dalam negara.

“Saya juga menyanjungi usaha pihak polis kerana mereka diarahkan melakukan sesuatu yang bukan keutamaan buat mereka.

“Negara sedang dirompak, kita berhadapan dengan rasuah, ekonomi sedang jatuh, tetapi yang dipinta dan didesak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara adalah untuk menekan individu yang mengkritik rasuah beliau itu sendiri.

“Saya berharap insiden ini membuka mata rakyat agar memberi seribu satu desakan kepada pihak polis agar menangkap penjenayah, perompak dan perasuah di luar sana,” katanya.

Selain Pak Samad dan Izzah, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli serta Ketua WHIP parti itu, Datuk Johari Abdul turut memberikan keterangan hari ini.

Bagaimanapun keempat-empat mereka memilih untuk menjawab perkara itu mahkamah.

Lihat Komen
ADS