Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MALAYSIANS KINI Seperti remaja berusia 15 tahun yang lain, Ivan Avannus dari SM St Michael Penampang, Sabah, melayari Facebooknya apabila dia ternampak satu iklan mengenai Sime Darby Young Innovators Challenge (SDYIC).

"Mereka berkata mereka sedang mencari penginovasi untuk menyertai kem ini, dan saya sudah pun mempunyai idea yang terlintas di fikiran asya, jadi saya memutuskan untuk mendaftar," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini.

Di kem itu, dia ditempatkan dalam pasukan bersama dengan tiga remaja lain; seorang rakan dari Sabah Ezra Robert, 15, dari All Saints Anglican Academy; Allegra Chan, 16, dari Lodge International School Sarawak dan Joseph Chung, 14, dari Tunku Putra.

"Pada mulanya kami merasa janggal (antara satu sama lain), tapi kemudian kami sedar yang kami dari jenis orang yang sama, jadi kami 'klik'," kata Avannus.

Pasukan ini akhirnya telah memenangi SDYIC di peringkat kebangsaan pada Jun tahun ini, dengan inovasi mereka; Robin Food, sebuah aplikasi mudah alih dan untuk laman web desktop.

"Ia adalah sebuah aplikasi yang menghubungkan pasaraya yang mempunyai lebihan makanan, dengan NGO yang tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk diberikan kepada golongan yang memerlukannya.

"Pasaraya ini boleh memberi maklumat mengenai berapa banyak lebihan makanan yang mereka ada, NGO boleh meminta berapa banyak makanan yang mereka perlukan," jelas Chung.

Menurut Chung, sekolahnya telah mengedar risalah mengenai kem itu dua hari sebelum tarikh akhir, jadi dia hampir tidak sempat mendaftar.

Sementara itu, bagi Chan dan Robert pula, mereka mendapat tahu tentang SDYIC melalui guru-guru mereka.

"Guru saya memaklumkannya kepada saya dan saya menyertainya kerana ia nampak seperti menyeronokkan," kata Chan.

"Pada mulanya saya agak teragak-agak untuk menyertainya kerana saya tidak tahu apa dia, tapi pada akhirnya, saya tak menyesal," kata Robert.

Keempat-empat remaja ini kemas berpakaian baju mereh Sime Darby kerana mereka sedang menghadiri majlis pelancaran aplikasi itu, dan Avannus dan Chung begitu bersemangat untuk menceritakan pengalaman mereka.

Mereka bercakap mengenai kem yang dihadiri mereka, yang menurut Avannus, sangat berbeza daripada yang lain yang pernah disertainya kerana mereka sangat terbuka dan menghormati semua idea.

Ia mewujudkan persekitaran di mana mereka yang menyertai kem itu tidak takut untuk meluahkan idea-idea mereka, katanya.

Remaja ini memberi tumpuan mereka terhadap isu pembaziran makanan selepas menghadiri bengkel di kem serantau SDYIC pada bulan Mac .

"Kami bertemu pakar dari WWF dan dia memberitahu kami bahawa pembaziran makanan sebenarnya satu masalah alam sekitar yang besar.

"Apabila kita membazirkan makanan, kita membazir bukan saja makanan tetapi juga air, tenaga, masa dan juga bahan api sekiranya makanan itu diimport," kata Avannus.

Mereka menghasilkan aplikasi tersebut selepas cambahan idea yang bersungguh-sungguh, katanya, terrmasuk idea-idea yang "tidak masuk akal", seperti menggunakan drone untuk mengumpulkan lebihan makanan dari rumah-rumah individu dan menghantarnya kepada NGO yang memerlukannya.

Selepas menapis idea mereka untuk Robin Food dan membangunkan prototaip aplikasi itu, remaja itu muncul pemenang di peringkat serantau dan kemudiannya, di peringkat kebangsaan SDYIC, yang membawa hadiah RM10,000 serta sebuah piala dan MacBook Air untuk menewaskan tiga lagi pasukan di peringkat akhir.

Tetapi ia tidak berakhir di situ. Robin Food, nama yang dipilih oleh remaja itu sempena nama wira cerita rakyat, Robin Hood yang digambarkan sebagai seorang yang mencuri dari orang kaya untuk diberikan kepada rakyat miskin.

"Jelas sekali kita tidak mencuri dari pasaraya, (tetapi kita mendapatnya) dari mereka yang mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang miskin," kata Avannus, yang membuat rakan sepasukan ketawa.

Sime Darby memutuskan untuk membangunkan prototaip mereka sebagai aplikasi sepenuhnya selepas mereka menang pada bulan Jun, dan pada 15 Disember, mereka akhirnya melancarkan versi kerja Robin Food dengan kerjasama dengan, antaranya, Tesco Stores (M) Sdn Bhd dan Yayasan Bantuan Makanan.

"Kami ingatkan selepas pertandingan akhir, ianya berakhir di situ, tapi kemudian apabila Sime Darby berkata mereka akan membangunkan aplikasi itu, kami sangat terkejut dan gembira," kata Chung.

Ini hanyalah permulaan kerana menurut wakil Sime Darby, mereka merancang untuk terus mengembangkan aplikasi tersebut, seperti bekerjasama dengan hotel dan restoran untuk menyediakan lebihan makanan kepada golongan yang memerlukan melalui app.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS