Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Parti-parti pembangkang harus mengeluarkan kenyataan dasar dan bukannya terlalu taksub merebut jawatan politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Katanya, menerusi kenyataan dasar itu, rakyat boleh menilai sama ada parti-parti pembangkang mempunyai kebersamaan dan adalah dasar-dasar mereka lebih baik daripada dasar-dasar BN.

Bagaimanapun, katanya, sekarang ini kenyataan yang keluar daripada barisan pembangkang semuanya adalah kenyataan berbaur politik – siapa seharusnya menjadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, dan seumpamanya.

“Kenyataan yang keluar daripada Tun Dr Mahathir (Mohamad), Tan Sri Muhyiddin (Yassin) semuanya berkisar pada jawatan.

“Sekarang ini rakyat Malaysia mahukan ketentuan, mahu kepastian, mana satu parti politik yang mempunyai dasar yang boleh membawa mereka maju ke depan dan dengan satu keyakinan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Sedangkan, menurut Abdul Rahman, rakyat Malaysia sekarang mahukan kenyataan dasar, mengenai ekonomi, penyelidikan, luar negara dan sebagainya.

“Apakah dasar yang membezakan mereka dari BN?

“Itu sebabnya saya katakan BN ada pengalaman. Hampir setiap hari kita keluarkan kenyataan berdasarkan dasar-desar pentadbiran,” katanya.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengesahkan minggu lalu Pakatan Harapan dan BERSATU akan bertemu tidak lama lagi untuk memuktamadkan mengenai calon mereka untuk jawatan perdana menteri.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mereka tidak berubah iaitu mahukan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, mereka akur mungkin terpaksa melantik seorang perdana menteri sementara terlebih dahulu.

Kenyataan itu disokong oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang mencadangkan presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil peranan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS