Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Keputusan bersalah bekas pegawai bank Jho Low sangat baik'

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Gani hari ini menyambut baik keputusan mahkamah Singapura yang mendapati bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei bersalah atas tuduhan mengganggu saksi dalam siasatan republik itu mengendai skandal berkaitan 1MDB.

"Sangat baik kerana kami mahu semua bank yang terbabit mengambil tindakan," kata Johari kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 laluan Rapid KL LRT Ampang di Kuala Lumpur, hari ini.

"Itu sahaja. Bagi Malaysia, kita akan melalui proses itu," katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai keputusan yang disampaikan oleh hakim Singapura Ng Peng Hong semalam.

Ng dilaporkan berkata berkata Yeo adalah "saksi yang tidak boleh dipercayai dan tidak kredibel” sebelum menjatuhkan hukuman bersalah.

Laporan Bloomberg menyatakan Yeo berdepan dengan hukuman penjara tujuh tahun maksimum. Yang akan dijatuhkan hari ini.

Sepanjang perbicaraan, saksi pendakwaan memberi keterangan bahawa hartawan Malaysia Jho Low adalah pelanggan Yeo dan kedua-dua mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Low membayar Yeo sekitar S$500,000 setahun bagi perkhidmatannya, termasuk menguruskan beberapa akaun di BSI Singapura yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Walau bagaimanapun, Yeo mendakwa beliau tidak pernah menerima satu sen pun daripada Low.

Mahkamah Singapura juga akan membicarakan Yeo atas beberapa kesalahan lain tahun depan - semua berkaitan dengan siasatan 1MDB, termasuk penipuan, pengubahan wang haram dan pemalsuan.

Setakat ini, Yeo adalah pegawai bank ketiga BSI yang disabitkan kesalahan berhubung 1MDB.

Yak Yew Chee sedang menjalani hukuman penjara 18 minggu atas tuduhan pemalsuan dan kegagalan untuk mendedahkan transaksi yang mencurigakan. Jumaat lalu, pekerja bawahan Yak, Yvonne Seah mengaku bersalah terhadap tuduhan yang sama dan dihukum penjara dua minggu.

Singapura telah mengarahkan BSI untuk menghentikan operasinya pada bulan Mei lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS