Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: ECRL beri 'ancaman' kepada Singapura
Diterbitkan:  Dec 22, 2016 2:58 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dibiayai oleh China menghubungkan pelabuhan di pantai timur dan barat Malaysia berpotensi menjejaskan status Singapura sebagai destinasi dagangan utama, lapor Straits Times.

Ini kerana ERCL akan menjadi penghubung daratan antara Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang dengan membolehkan akses Utara Asia ke Selat Melaka tanpa perlu memintas Singapura.

Menurut Straits Times, usaha sedang dijalankan untuk mengembangkan kapasiti Pelabuhan Kuantan.

Pemilik Pelabuhan Kuantan, IJM dan Beibu Gulf Port Group dari China membelanjakan lebih RM1.2 bilion untuk menambak semula 40 hektar tanah manakala Putrajaya membelanjakan RM1.08 bilion bagi projek penampan ombak sejauh 4km.

Laporan itu menambah, pengembangan pelabuhan itu akan melibatkan kompleks berlabuh sepanjang 1 kilometer yang akan memberi manfaat kepada industri di zon perindustrian berdekatan yang diperuntukkan untuk aktiviti pembuatan China.

Walaupun keseluruhan projek pembinaan ERCL itu akan mengambil masa lebih daripada satu dekad untuk disiapkan, pihak perancangan kerajaan memberitahu akhbar itu bahawa penekanan adalah pada bahagian 250 kilometer antara Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS