Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Akta 355: BN masih perlu capai kata sepakat, kata KJ

Keputusan BN berhubung pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) masih perlu dicapai secara konsensus walaupun selepas rang undang-undang (RUU) itu diambil alih oleh kerajaan Persekutuan.

Demikian menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai maklum balas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu parti-parti komponen BN menyokong RUU tersebut sebagai sebahagian daripada parti pemerintah.

"Agak terlalu awal untuk membuat sebarang pendirian bagi BN.

"Ini memerlukan beberapa siri perbincangan lanjut di kalangan parti-parti komponen BN.

"Selepas itu, saya berharap kita dapat membuat keputusan secara sepakat," ujar Khairy yang juga ketua pemuda Umno pada sidang media selepas majlis penyampaian beg sekolah baru kepada kanak-kanak di luar Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Maslan dilaporkan berkata, ekoran keputusan kerajaan mengambil alih RUU yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, maka, parti-parti komponen BN perlu menyokongnya.

MCA, MIC dan Gerakan membantah RUU pada masa lalu dengan para pemimpin tertingginya mengancam untuk meletakkan jawatan jika ia diluluskan.

Namun, setelah Putrajaya mengambil alih RUU tersebut, adalah tidak pasti mengenai pendirian parti-parti komponen BN berkenaan.

Abdul Hadi membentangkan usul untuk meminda Akta 355 semasa persidangan Dewan Rakyat bulan lepas. Ia akan dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat yang akan datang pada bulan Mac.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS