Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semut api serang taman: Gerakan salahkan k'jaan P Pinang

Gerakan Pulau Pinang hari ini mengkritik kerajaan negeri pimpinan DAP kerana melaksanakan projek tebatan banjir yang didakwanya menyebabkan semut api menyerang taman awam di Taman Jajar, Jalan
York.

Naib Pengerusinya Lim Boon Ten berkata, taman berkenaan terletak
bersebelahan dengan Sungai Air Itam dan pasir yang dikorek dari sungai itu mewujudkan tempat yang menggalakkan semut berkenaan membiak.

Katanya semut itu membawa mudarat kerana sengatannya boleh menyebabkan gatal, bengkak dan kulit menjadi merah, terutama bagi mereka yang menggunakan taman tersebut untuk tujuan rekreasi.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang, yang mengendalikan projek tebatan banjir negeri, telah mengorek pasir berserta sampah, beg plastik serta botol air dari sungai itu dan membiarkannya di tebing sungai, menyebabkan semut
api menyerang taman rekreasi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat taman itu hari ini.

Lim, yang juga penyelaras Gerakan negeri bagi kawasan Datuk Keramat, berkata JPS negeri tidak membersihkan pasir, sampah dan bahan buangan lain yang dilonggok di tebing sungai itu.

Menurut beliau, pasir dan sampah yang dilonggok di tebing sungai berkenaan menyakitkan pemandangan mereka yang berkunjung ke taman itu.

Katanya kerajaan Pulau Pinang mengumumkan peruntukan RM220 juta bagi projek tebatan banjir di negeri ini tahun depan, tetapi jika begitulah cara ia melaksanakannya, peruntukan itu hanya merupakan suatu pembaziran.

Lim berkata JPS hanya mengorek pasir di kedua-dua belah dan tidak
ditengah-tengah sungai berkenaan dan menurut beliau, cara itu tidak menjadikan sungai berkenaan lebih dalam, dan sampah yang dilonggok di tebingnya akan masuk kembali ke dalam sungai apabila hujan serta menyebabkan berlaku pengelodakan.

Bulan lepas, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan peruntukan RM220 juta bagi melaksanakan beberapa projek tahun depan untuk mengatasi banjir di banyak kawasan di negeri ini. -Bernama

Lihat Komen
ADS