Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes gagal halau hantu diadu pada tribunal pengguna
Diterbitkan:  Dec 29, 2016 8:00 PM
Dikemaskini: 12:41 PM

Tribunal Tuntutan Pengguna mendedahkan aduan pelik apabila seorang lelaki 40 tahun menuntut pemulangan semula wang daripada seorang bomoh.

Ketua tribumal itu bagi negeri Johor Samuel Mut John Brody berkata individu itu berbuat demikian setelah si bomoh gagal menghalau hantu yang dikatakan mengganggu bapanya yang sakit.

“Keluarga memberikan RM810 kepada bomoh itu untuk menghalau sembilan ekor hantu,” beliau dilapor sebagai berkata.

Memetik The Star Online, dpa melaporkan bapa lelaki itu kemudian bertambah teruk dan meninggal beberapa bulan selepas itu.

Tribunal bagaimanapun menolak kes itu kerana mereka tidak mempunyai bidang kuasa.

Kegiatan perbomohan dikategorikan sebagai perkhidmatan alternatif dan bomoh pula tidak mendapaftar perniagaan dengan pihak berkuasa.

Lihat Komen
ADS