Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir di Terengganu bertambah buruk, 6 daerah terjejas

Situasi banjir di Terengganu bertambah buruk apabila enam daerah kini terjejas menyebabkan 2,031 mangsa dari 586 keluarga terpaksa ditempatkan di 33 pusat pemindahan setakat 6 petang ini.

Urusetia Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata daerah Hulu Terengganu terus mencatat peningkatan iaitu 1,055 mangsa dari 344 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan.

"Enam pusat pemindahan pula dibuka di Marang (280 mangsa dari 67 keluarga), lima di Setiu (234 mangsa dari 68 keluarga) dan tiga di Kemaman (294 mangsa dari 63 keluarga).

"Di Dungun dan Besut pula, masing-masing terdapat dua pusat pemindahan iaitu 93 mangsa dari 26 keluarga di Besut dan 75 mangsa dari 18 keluarga di Dungun," katanya kepada Bernama hari ini.

Setakat ini, jalan utama dan jalan pantai ke Pahang dan Kelantan masih boleh dilalui seperti biasa. -Bernama

Lihat Komen
ADS