Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Salleh: Dr M tak faham FDI, maksud kedaulatan
Diterbitkan:  Jan 7, 2017 5:33 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memahami konsep Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan maksud kedaulatan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

"Posting blog terkini Mahathir menunjukkan beliau tidak konsisten dan kurang pemahaman mengenai makna FDI. Beliau juga tidak memahami kedaulatan," tulis menteri itu di blognya.

Beliau merujuk catatan bekas presiden Umno itu semalam, yang mendakwa langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menarik FDI dengan menjual tanah Malaysia, adalah serupa dengan menjual Singapura kepada British semasa era penjajahan.

"Keputusan itu tidak memberi faedah kepada kita semua. Kebanyakan tanah yang paling berharga akan dimiliki dan diduduki oleh orang asing. Ia akan menjadi negara asing," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya.

Salleh yang menafikan dakwaan itu berkata 'negara asing' yang diperkatakan Mahathir bagi merujuk kepada kedaulatan adalah jauh tersasar.

"United Kingdom (UK), khususnya di London, mungkin satu contoh yang baik di mana banyak harta dimiliki oleh orang asing. Tetapi UK masih mempunyai kedaulatan ke atas semua harta itu. Hanya dalam kes-kes kedutaan asing ia berbeza.

"Jika orang asing dibenarkan membeli tanah di Malaysia yang meningkatkan nilai harta itu. Itu tidak memberi kedaulatan kepada orang asing ke atas tanah yang mereka beli. Mereka masih di bumi Malaysia," kata Salleh.

Sebagaimana yang ditakrifkan dalam perjanjian antarabangsa, tanah bagi kedutaan asing bagi sesebuah negara dianggap wilayah berdaulat negara itu, katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS